Tuesday, July 24, 2007

ASAS-ASAS COACHING


KEMAHIRAN ASAS 'COACHING'
PROGRAM INI DITAWARKAN OLEH 'CORPORATE COACH ACADEMY '



APAKAH ISI KANDUNG BENGKEL INI?



Rahsia disebalik ilmu 'coaching' kini sudah terbongkar! Bengkel ini akan membentuk peribadi dan pesona anda untuk menjadi kepimpinan yang berwibawa . Anda akan di perkasakan untuk menguruskan kehidupan anda dengan cemerlang dan dalam masa yang sama menolong orang lain .

Program ini bertaraf antarabangsa , ia memenuhi syarat ICF

(International Coach Federation), badan coaching dunia yang paling terkemuka .

Anda akan diberikan latihan oleh Coach yang bertauliah untuk menggunakan lapan teknik yang akan membawa anda kecemerlangan yang unggul. Jika anda seorang yang peduli tentang kebolehan anda untuk memperkasakan diri dan orang lain , bengkel ini adalah untuk anda.

Anda menjadi orang yang tertonjol dalam keunggulan diri dan mencapai matlamat dan hasrat untuk menjadi orang berjaya. seumur hidup dengan teknik dan cara yang di ajar secara praktikal .


Program ini juga boleh menjadi langkah pertama anda terhadap mengambil program bersiri untuk mendapatkan sijil coaching dari Corporate Coach Academy.


Kini buat pertama kali program ini di tawarkan dalam Bahasa Melayu dikendalikan oleh Dr Suriyakhatun Osman , tenaga pengajar dan graduan cemerlang Corporate Coach Academy

Bagaimana bengkel ini boleh mengubahkan kehidupan anda?
  • Anda menjadi pemimpin-coach yang perkasa dengan ilmu yang akan menolong anda menguruskan hal diri dan orang lain .
  • Anda membongkar potensi diri dan selesaikan segala kemusykilan yang anda pada diri anda dan akan nampak peluang yang anda fikirkan tidak tercapai . Hanya langit saja akan menjadi had dalam pencapaian anda !
  • Anda akan belajar lapan teknik yang amat berguna dalam berbagai aspek dan situasi kehidupan .
  • Anda akan belajar tentang 'coaching' yang menjadikan anda pakar dalam seni komunikasi dan menjadi orang yang di senangi
  • Coaching membantu anda untuk menangani cabaran dan kemelut kehidupan.
  • Anda mendapat senjata dan peluru untuk meningkatkan keberkesanan dalam setiap peranan yang anda mainkan dalam kehidupan
UNTUK SIAPA ?


Jurulatih, Guru, Pakar Pengurusan
Pemimpin Organasasi
Jurujual profesional
Perunding kewangan
Ibu Bapa
Eksekutif muda


CARA PEMBELAJARAN YANG BERKALIBER!

· Kumpulan yang kecil . Tidak lebih dari 20 orang , Belajar berkumpulan

· 60% Praktikum untuk belajar mengunakan 8 teknik Coaching

· Pembelajaran yang bersifat penghayatan dari kisah-kisah benar dalam kehidupan

· Maklum balas tentang prestasi diri

· Pembelajaran yang berstruktur dengan langkah-langkah tersusun .



APA YANG AKAN DI PELAJARI?

PENGENALAN COACHING

  1. Kuasa dan Impak Coaching
  2. Permainan dalaman Coaching
  3. Peribadi dan sifat "coach" serta kemahiran yang diperlukan

RANGKA COACHING

  1. Matlamat dan Manfaat Coaching
  2. Perspektif coaching
  3. Tiang asas coaching
  4. Coaching dan disiplin lain

MODEL DAN PROSES COACHING

  1. Coaching 3 langkah
  2. Komponen coaching 3 langkah
  3. Teknik dan cara nya





LANGKAH LIHAT
Alat Lihat
Alat menyoal
Alat mengubah rangka fikir
Alat membina kesedaran diri

LANGKAH KATA
Alat mengubah bahasa

Alat mula bertindak

LANGKAH BUAT
Alat membina momentum

Alat memberi maklum balas

PRAKTIKUM COACHING
Jadi coach
Jadi klien
Dapatkan bimbingan
Dapatkan penilaian



PROGRAM 3 HARI :
RM 1550/-



PENGIKTIRAKAN HEBAT DARI PESERTA TERDAHULU.....



"Membuka mata, rancak sekali , tersangat hebat"
"Saya belum pernah hadir program yang mampu membawa perubahan dan kesedaran dalam masa begitu singkat."
"Saya suka belajar dengan ( Dr Suriya) .
Dia seorang yang mempu memberikan saya kefahaman yang mendalam tentang ilmu coaching yang sangat berkaitan dengan kehidupan yang berkesan "
"Tenaga pembelajaran yang hebat"

"Saya menjadi lebih yakin dalam diri saya"
"Saya telah nampak peluang yang sebelum ini saya tidak tahu wujud "
"Saya faham sekarang nilai menerapkan ilmu coaching ini dalam kehidupan seharian "




PERIHAL CORPORATE COACH ACADEMY

Di tubuhkan pada tahun 2004 , CCA adalah institusi pembelarajan coaching yang pertama dalam rantau Asia Tenggara. Institusi ini yang pertama membawa kemahiran coaching pada Malaysia sekaligus meningkatkan lagi kesedaran tentang ilmu coaching dan menjadikan pembelajaran dalam bidang coaching suatu kemungkinan! Sudah nyata bahawa coach yang dilatih melalui CCA telah menjadi profesional yang kompeten . Rahsia disebalik kejayaan CCA adalah pembelajaran dari pengalaman melakukan dalam praktikum yang diberikan kepada setiap peserta.

CCA di tubuhkan dengan falsafah bahawa semua orang ada kebolehan dan mampu menjadi coach selagi mana mereka ada kehendak untuk menjadi pemimpin untuk diri sendiri dan orang lain. CCA mempunyai misi untuk membina dan memupuk sebuah komuniti coaching yang bertenaga yang akan mempertingkatkan mutu dan nilai kehidupan dengan membawa keseimbangan dalam kareer, persahabatan, keluarga , rumahtangga ,kewangan dan kesihatan .! Misi ini terus berjalan sehingga kini.

Inisiative pembelajaran CCA di corakkan dan dilaksanakan mengikut garispanduan kod amalan profesional dan kemahiran mengikut piawaian International Coach Federation, yang di anggap sebagai badan coaching yang utama di dunia.


CCA dengan subsidiarinya 'Corporate Coach' menawarkan pelbagai peluang pembelajaran termasuk sijil coaching profesional , bengkel coaching umum, bengkel di tempat kerja , perundingan coaching dan coaching satu dengan satu.


CCA digerakkan oleh sebuah pasukkan yang bertauliah, dedikasi dan kompetan yang telah disatukan dengan falsafah yang sama dan model coaching yang berkaliber . Ini terserlah dengan cara dan pendektan CCA dalam membawa coaching kepada setiap insan yang ingin menjalankan kehidupannya dengan sepenuhnya dengan mengecapi matlamat kehidupan serta merealisasikan segala potensi diri.

PENGASAS CCA

Dr Michael Heah (mikeheah@corporate-coach.com),adalah pengasas dan CEO Corporate Coach Academy . Beliau juga 'adjunct' Professor di University Utara Kedah

Dalam bidang coaching beliau memilkki sijil dari badan terbesar dunia ia itu ICF . Gelaran sijilnya adalah ' ICF Credentialed Professional Certified Coach '. Beliau orang pertama di Malaysia mendapat sijil tersebut yang masih jarang di perlolehi di Asia . Beliau merupakan juga 'Licensed Coach-Trainer dari ' International Coach Academy,' ia itu jurlatih coach dengan ICA sebuah lagi badan coaching bertaraf dunia.


Berikut adalah beberapa kelulusan beliau


Doktorat and Masters dalam bidang 'Hospitality & Tourism', Diploma dalam bidang 'Organizational Psychology' serta Masters dalam Pengurusan Perniagaan.

Sumbangan Michael dalam bidang coaching di Malaysia dan rantau Asia tidak ternilai. Beliau telah membantu ramai individu dan beberapa organasasi untuk mengecapi kecemerlangan . Beliau telah menjelmakan kehadiran coaching di Malaysia . Beliau telah mengasaskan ' ICF Malaysia Chapter' dan adalah kolumnis Coaching di akhbar New Straits TImes. Beliau sering di buru untuk berkongsi ilmu dan pengalamannya . Beliau terkenal bukan saja di Asia malahan di dunia terutama di Eropa, Amerika Canada dan Australia serta New Zealand.


Micheal juga terkenal dari hasil kerjanya dengan Agensi antarabangsa sepertia ' Asia Pacific Economic Cooperation', 'European Union, World Tourism Council' dan lain-lain. Beliau juga menyumbang dalam Agensi Pelancungan Kerajaan Malaysia, Indonesia dan juga Vietnam Pelanggan utamanya di Malaysia termasuk Petronas, Shell, Siemens, Intel and Universiti in Malaysia and luar negara.


Beliau mempunyai 30 tahun pengalaman yang melitupi berbagai portfolio dari jurujual rumah kerumah kepada CEO dan eksekutif. Micheal melambangkan pekerja yang berjaya mengangkat dirinya selangkah demi selangkah hingga kepuncak jaya dan tidak puas hati dengan ini, beliau ingin membawa sesiapa yang ingin bersamanya kepuncak jaya dengannya.



PENGENDALI PROGRAM

Dr Suriyakhatun Osman adalah seorang doctor perubatan graduan University of Alexandria di Mesir . Minat beliau dalam bidang latihan telah timbul sejak dari beliau dibangku sekoleh bila dia melihat ayah beliau seorang pemegang Phd dalam bidang Falsafah dan pensyarah yang amat disayangi oleh muridnya. Minat mengajar telah menyebabkan Dr Suriya mencari-cari ilmu dan pengalaman dalam bidang pembaikan diri . Selain dari ini Dr Suriya telah mengambil beberapa kursus pembelajaran termasuk Diploma di bidang homeopathy. Diploma Pasca Graduan di bidang Kesihatan Repoduksi dan juga menjalankan beberapa latihan dan memperolehi sijil sebagai terapist Teknik Bebas Emosi dan juga Sufi Healing.

Pengalaman beliau dalam memberi latihan dan mengajar bermula dari tahun 1983 semasa beliau bekerja sebagai doktor di klinik pelajar Universiti Pertanian Malaysia ( sekarang Universiti Putra) beliau kemudian bergiat dalam persatuan dan berbagai badan bukan kerajaan dan pada tahun 2001 telah dilantik menjadi fasilitator dalam sebuah program antarabangsa ( di Zahle Lebanon) yang di kendalikan oleh ISIM ( Insititute for the Study of Islam in the Modern World) .

Beliau juga mengajar Pathology kepada pelajar Akademi Perubatan Homeopathy Malaysia dan sekarang kendalikan program coaching untuk Corporate Coach Academy selepas memperolehi sijil coaching yang menampakkan bakat beliau sebagai tenaga pengajar yang berwibawa. Beliau adalah satu dari 3 orang pemegang sijil coaching dari graduan sulung CCA yang telah dipilih sendiri oleh Dr. Micheal Heah untuk menyertainya dalam CCA.

Gabungan ilmu perubatan konvensional dengan pendekatan perubatan alternatif dan komplementari serta ilmunya tentang penyembuhan secara rohani berserta kemahiran coachingnya telah memberi nya gelaran sebagai 'healing-coach' dimana ia memberi coaching 'satu atas satu' untuk membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada mana-mana individu yang ingin penyembuhan dalam kehidupannya. Penyembuhan yang dimaksudkan adalah penyembuhan rohani, jasmasi dan emosi.


Alamat surat menyurat dan maklumat perhubungan


Corporate Coach Academy Sdn Bhd

Lot 14.03A, 14th Floor, Wisma Cosway
88 Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur

Tel : 03-2070 9988 Fax : 03-2072 8899


Dr Suriyakhatun Osman
hp 012 6368121
email suriya.osman@gmail.com


Saturday, June 16, 2007

Lihat Kata Buat

Untuk keterengan lanjut sila ke SINI



Thursday, May 03, 2007

Coaching presence